Wednesday, September 29, 2010

Microsoft Essentials 2.0 Beta Sedia Dimuat Turun!!

Microsoft Security Essentials atau semasa peringkat pembinaannya dikenali sebagai Morro. Satu antivirus percuma yang dikeluarkan oleh Microsoft dan dilancarkan pada tahun lepas. Aplikasi antivirus yang menyokong Windows XP, Windows Vista dan Windows 7 ini telah sampai ke fasa baru iaitu ke version 2 yang dilengkapi dengan tambahan fungsi-fungsi didalamnya. Walaupun ia masih dalam peringkat beta/percubaan, korang juga boleh menggunakannya bagi merasai kelebihan antivirus ini. Ia juga bersesuaian dengan Windows versi 32-bit dan 64-bit.

ANTARA FUNGSI TERBARU MSE

  • Windows Firewall integration -Semasa proses pemasangan, MSE akan memberi korang pilihan samaada untuk mengaktifkan firewall atau tidak.
  • Enhanced protection for web-based threats – Kini, MSE telah berintegrasi bersama Internet Explorer untuk memberi perlindungan daripada ancaman berasaskan web.
  • New protection engine – Kemaskini terbaru untuk anti-malware engine bertujuan meningkatkan tahap pengesanan dan kemampuan membersih di tahap yang lebih tinggi dan baik.
  • Network inspection system – Dilengkapi dengan perlindungan daripada eksploitasi berasaskan rangkaian.
Click download untuk download software MSE..

Sunday, September 19, 2010

bye2..kaklong...






Friday Night Sending Kakak Long to KLIA ... flight dia kul 2.00 pagi.... Keadaan di airport penuh sesak dengan student and ibubapa masing-masing, menunggu flight untuk pulang ke tempat belajar setelah pulang beraya di Kampung halaman.

Kakak Long dengan kawannya Kegan pulang ke Scotland untuk melanjutkan pelajaran mereka pada tahun ketiga.... Perjalanan mereka megambil masa lebih kurang 18 jam... Kesian Kakak Long kematu la punggung dia....

Masa jam dah menunjukkan pukul 12.45 a.m kami menghantar kakak Long di balai pelepasan.. perasaan sedih menyelubungi hati masing-masing terutama kakak Teh.. hu hu hu.... Tapi dia telah dapat mengatasi air matanya dari jatuh ke pipinye yang gebu... walaupun dalam handbagnya dah ready tisu satu paket...... Walau pun mata masing2 dah ngantok tapi kami tetap tunggu kakak long hilang dari pandangan mata....

Selamat Kakak Long... Study Smart.... semoga Kakak Long dapat berjaya menjadi seorg Doctor pada suatu hari nanti....amin...

Written By : Wanchu.....

raya di umah ju n mira..






best dpt raye gan mmbr2..hehe yg plg best dpt makan laksa mee mak mira masak..sedap...org pantai remis je tau kot..hehe ak mule tau pon time satu dorm gan mira n ju kat stesma dulu..hehe

epy fmly..

kemeriahan meyambut hari raya 2010..tapi tahun ni agak kurang meriah cz xde mercun merdeka..huhu n makyang xde...huhu










Monday, September 6, 2010

Tiga Perkara Untuk Mencapai Kemanisan Iman...

ANTARA kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan. Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperoleh di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar.

Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda. Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.

Memiliki persahabatan yang jujur dalam erti kata sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar diperoleh secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman. Sabda baginda:

Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya dapat mengecapi kenikmatan dan kekhusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w. menyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham. Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata?

Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredhaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat berasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta...

Antara Sabar Dan Mengeluh

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut."

(Riwayat al-Hakim)

Huraian :
1. Ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.
2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.
3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu :

* saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya,
* orang munafiq yang sentiasa membencinya,
* orang kafir yang sentiasa memeranginya,
* syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya
* bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.

Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan". (al-Insyirah:6)

5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

Ilusi Mata Yang Mengelirukan


Mana satu yang betul ye? disusun bersebelahan atau bertingkat atas dan bawah?hm..memang mengelirukan mata..

Gambar Lambang Yahudi Dalam PC

Korang perasan tak, sedar tak sedar dalam komputer kita mengandungi logo YAHUDI LAKNATULLAH.

Sila refer link: C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10

Then scroll down, nama file dia J0285926. Gambar mengandungi lambang yahudi dengan disinari cahaya lilin..

Saya dah delete logo YAHUDI LAKNATULLAH tu… korang bila lagi???


What YouTube video made you laugh recently?

video org perak oder piza..hahaha

Ask me anything

Who's the most famous person you've met?

my fmly..hehe

Ask me anything

What's the weirdest thing you've ever eaten?

laksam

Ask me anything

What's your earliest memory?

memory with fmly..

Ask me anything

Do you consider yourself a good dancer?

of course not...haha

Ask me anything

Sunday, September 5, 2010

Masalah Berat Badan...







Ni menunjukkan tuan dier terlampau manjakan binatang peliharaan diorang. Aku rase diorang ni lagi cute bile gemuk..hehe... :D