Wednesday, September 29, 2010

Microsoft Essentials 2.0 Beta Sedia Dimuat Turun!!

Microsoft Security Essentials atau semasa peringkat pembinaannya dikenali sebagai Morro. Satu antivirus percuma yang dikeluarkan oleh Microsoft dan dilancarkan pada tahun lepas. Aplikasi antivirus yang menyokong Windows XP, Windows Vista dan Windows 7 ini telah sampai ke fasa baru iaitu ke version 2 yang dilengkapi dengan tambahan fungsi-fungsi didalamnya. Walaupun ia masih dalam peringkat beta/percubaan, korang juga boleh menggunakannya bagi merasai kelebihan antivirus ini. Ia juga bersesuaian dengan Windows versi 32-bit dan 64-bit.

ANTARA FUNGSI TERBARU MSE

  • Windows Firewall integration -Semasa proses pemasangan, MSE akan memberi korang pilihan samaada untuk mengaktifkan firewall atau tidak.
  • Enhanced protection for web-based threats – Kini, MSE telah berintegrasi bersama Internet Explorer untuk memberi perlindungan daripada ancaman berasaskan web.
  • New protection engine – Kemaskini terbaru untuk anti-malware engine bertujuan meningkatkan tahap pengesanan dan kemampuan membersih di tahap yang lebih tinggi dan baik.
  • Network inspection system – Dilengkapi dengan perlindungan daripada eksploitasi berasaskan rangkaian.
Click download untuk download software MSE..

No comments:

Post a Comment