Sunday, October 31, 2010

LAPTOP KORANG LELAKI ATAU PEREMPUAN???

hey people !
this one is a quick update .
follow all the instruction below if u wanna know your JANTINA laptop .
untuk suka suka je *big grin*
.
.
.
.

STEP 1
Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"


STEP 2
Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari / buka nanti).

Save as = love u.vbs


STEP 3
Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."



Cuba dengar betul betul suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?


-please drop a comment under this entry after you try this . thanks ! -HEHE

kisah ister yg cemburu...

isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

Saturday, October 23, 2010

Jalan Bukit Bintang

Seorang polis duduk disimpang jalan bagi menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju. Tetapi seorang pegawai trafik ini ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat pelahan dianggakan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka polis trafik pun berfikir "tak boleh jadik nie...lambat dari kura2..sangat bahaya bagi pemandu yang lain"..

Polis trafik pon menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 4 org wanita - 2 wanita didepan dan dua wanita duduk dibelakang - mata semuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat..

Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya "Apa kesalahan saya Tuan??Saya tidak melebihi had laju...kenapa ditahan??"

Polis trafik menjelaskan "Cik buka melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju juga boleh menyebabkan kemalangan kepada ketera lain".

"Lambat dari had laju??"wanita itu merasa hairan... "Tuan, saya megikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda..[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah..

Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah nama jalan dan buka had laju. Dengan perasaan malu, wanita tersebut mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu.

"Tapi sebelum Cik meneruska perjalanan, saya ada satu pertanyaan...adakan kesemua penumpang dalam kereta ini semuanya sihat?? nampaknya Cik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat," polis trafik itu bertanya kehairanan.

"Oh...jgn bimbang, mereka semua akan bertenang semua selepas beberapa minit nanti. Kerana kami baru saja menuruni [JALAN BUKIT BINTANG 309]."


Friday, October 22, 2010

18 November 2010 (Khamis)


18 November 2010 (Khamis) ialah tarikh tayangan filem terbaru dari cerita berdasarkan novel, Harry Potter and The Deathly Hallowsh....


Harry Potter. siapa yang tak pernah dengar tentang nama tersebut. berasal dari novel yang dutulis oleh J.K.Rowling sehingga ke layar perak. filem ke 7 Harry Potter ini akan dibahagikan kepada 2 part(part 1 & part 2). part 1 akan ditayangkan pada tahun ini. dan part 2 pada tahun depan. filem Harry Potter and The Deathly Hallows ini akan memaparkan cerita tentang Harry Potter, Hermione Granger, Ron Weasley dan rakan-rakan di sekolah magic Hogwarts menentang kejahatan Lord Voldemoth. adakah Harry Potter akan mati dalam filem ini? filem kali ini merupakan filem terakhir dari novel Harry Potter. kita sama-sama tunggu ok..jom usha trailer untuk Harry Potter and The Deathly Hallows.....


Wednesday, October 20, 2010

Indahnya Persahabatan

Tiada mutiara sebening cinta

Tiada sutra sehalus kasih sayang..

Tiada embun sesuci ketulusan hati..

Dan tiada hubungan seindah persahabatan..

Sahabat bukanMATEMATIKA yang dapat dihitung nilainya..

EKONOMI yang mengharapkan materi..

Tetapi

Sahabat adalah SEJARAH yang dapat dikenang sepanjang masa...