Tuesday, December 28, 2010

I see, I think, I believe - YouthSays Campaign - YouthSays.com

I see, I think, I believe - YouthSays Campaign - YouthSays.com

TRagedi 11 september(9/11) telah tlh diramalkn dlm al-Quran..?

Satu penemuan terbaru yang menakjubkan mengenai kehebatan Al Quran. Fakta ini ditemui oleh Dr Zaghlul Najjar, seorang ulamak Mesir yang bijak

di bidang sains, pernah mengajar di Amerika. Kini bertugas di Saudi. Ramai saintis Barat telah menganut Islam hasil dakwah beliau yang menggabungkan fakta sains yang bertepatan dengan Al Quran. Kajian-kajian beliau seiring dengan Syeikh Abdul Majid Zandani, Yaman.

Penemuan terbaru beliau ialah berkaitan tragedi 11 September di WTC New York. Di dalam al Quran terdapat ayat yang seolah-olah telah memberi isyarat awal mengenai kejadian ini (sedangkan al Quran diturunkan lebih

1400 tahun yang lalu). Fakta tragedi tersebut ialah seperti berikut:

Ketinggian bangunan WTC: 110 tingkat

Tarikh kejadian: 11 haribulan

Bulan: 9

Tahun: 2001

Fakta yang terdapat di dalam al Quran:

Ketika Allah menempelak golongan yang membina masjid Dhirar, beberapa ayat telah diturunkan.

Antaranya ialah ayat yang menceritakan bahawa musuh-musuh Islam sentiasa membina bangunan tinggi dan bangunan itu akhirnya menjadi punca kegelisahan Mereka sendiri sehingga digambarkan bahawa hati mereka seolah-olah dikerat-kerat dan dipotong. Ayat berkenaan ialah ayat 110 surah At Taubah (Al Bara'ah).

Maka faktanya lebih kurang sama dengan kejadian 11 September:

Ayat yang ke : 110 (Bangunan WTC 110 tingkat)

Juzuk ke : 11 (Tarikh kejadian 11 haribulan)

Surah ke : 9 (kejadian berlaku dalam bulan 9)

Huruf terakhir adalah huruf yang ke : 2001(kejadian berlaku dalam tahun 2001)

Ini adalah satu perbandingan yang tepat. Tetapi sejauh mana maksud Allah Taala di dalam ayat ini bertepatan dengan kejadian di Amerika itu tidaklah

kita ketahui. Cuma oleh kerana ada persamaan fakta dan persamaan makna ayat, maka kita boleh mengambil iktibar kerana kaedah ilmu tafsir menyebut:

"Pengajaran daripada sesuatu ayat itu diambil daripada maknanya yang uxnum dan bukan daripada sebab turun ayat yang khusus."

Wallahu a'lam bissawab.

Wassalam..

Dicedok dari gempak.org / post by abbas..haha

Sunday, December 26, 2010

Siapa Aku Di Depan Tuhanku..


SUBUH, dimana aku berada
Masih enak di dalam kelambu rindu
Sambil berfoya-foya dgn waktu
Masa bagaikan berderu
Langkah tiada arah tuju, pikiran terus bercelaru
Terlupa aku semakin hujung waktu


ZOHOR, aku lebih memikirkn kelapangan
Kehausan dan rehatku
Aku lebih mementingkn tuntutan jawatanku
Aku bertolak ansur dgn waktu
Aku gemilang membilang keuntungan
Aku terlupa betapa besar kerugian
Jiwa aku mengadaikan sebuah ketaatan


ASAR, aku lupa warna masa
Cepat berubah bagai ditolak-tolak
Aku masih dengan secawan kopiku
Terlupe panas tidak dihujung kepala
Aku masih bercerita


MAGHRIB, aku melihat warna alam dan malam
Tapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya
Mencari sisa-sisa keseronokan
Tidak terasa ruang masa yang singkat
Jalan yang bertongkat-tongkat
Ruginya bertingkat-tingkat


ISYAK, kerana masanya yang panjang
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku
Aku membiarkan kelesuan mengganggu aku
Aku rela terlena sambil menarik selimut merahku
Bercumbu-cumbu dengan waktu ku


SIAPAKAH AKU DI DEPAN TUHAN KU...????